Tak perlu mengharapkan teman sekacak yusuf..
Jika cinta xseteguh zulaikha..
Usah impiankn teman sebaik muhammad..
Jika iman xsekuat khadijah...
Tak perlu mencari teman setaat ibrahim..
jika diri x segagah siti hajar...

Sunday 9 October 2011

Sepanjang seminar "Malaysia dan Nuklear"

Tentatif program adalah seperti berikut:




TENTATIF PROGRAM       

            8.15 pagi-8.30 pagi           : Pendaftaran
            8.30 pagi-8.40 pagi           : Ketibaan tetamu dan penceramah jemputan
                                                        Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Kandung Suluh            
                                                       Budiman
            8.45 pagi-9.00 pagi           : Ucapan alu-aluan pengarah program
                                                        Ucapan perasmian seminar “Malaysia dan Nuklear”
            9.00 pagi-10.00 pagi         : Ceramah “Malaysia dan Nuklear”
            10.00 pagi- 12.00 tgh hari : Pembentangan projek pelajar kursus KPD3016
            12.00 tgh hari                    : Jamuan Ringan dan Bersurai

Antara objektif seminar ini adalah:
1)Bagi  memberi pendedahan kepada bakal-bakal pendidik mengenai  pengurusan sesebuah aktiviti yang bakal diaplikasikan di sekolah kelak.

2)Memupuk semangat kerjasama antara pasukan dan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar. 
3)Dapat melatih kepimpinan dan kemahiran berorganinasi dalam kalangan mahasiswa/wi. 
4)Dapat memupuk perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan meningkatkan lagi hubungan komunikasi ke arah yang lebih baik .



Intipati dari seminar yang dianjurkan:
  • Dapat mendengar sendiri pendapat dan penerangan yang jelas dengan disertakan fatka-fakta yang tepat dan terkini daripada wakil Agensi Tenaga Nuklear Malaysia, En.Fairuz bin Abdul Farid  tentang perkembangan pembangunan negara nuklear di negara malaysia.
  • Antaranya, beliau ada menyentuh tentang perbandingan harga bahan mentah yang diperlukan untuk menghasilkan 1M WATT elektik hasil daripada sumber tenaga yang berlainan iaitu, nuklear, biomass, hidro, biogas, dan solar.
  • Selain itu, beliau juga ada menunjukkan maklumat mengenai kadar pengeluaran petroleum negara melalui graf yang mana hasil pemerhatian daripada graf tersebut, hasil pengeluaran petroleum oleh Petronas semakin berkurang dari tahun ke tahun.
  • Selain itu, diterangkan serba sedikit mengenai harga minyak dunia semasa yang meningkatkan peningkatan saban tahun.
  • Beliau juga menjelaskan mengenai penemuan bahan torium yang boleh menggantikan uranium dalam proses penghasilan tenaga eletrik menggunakan tenaga nuklear.Menurut beliau, penyelidikan ini masih di perigkat awal dan perlu menjalankan banyak penyelidikan bagi menbangunkan sumber ini dengan lebih selamat dan berkesan.
  • Beliau turut menerangkan serba sedikit tentang situasi yang dihadapi oleh penduduk kampung yang terlibat dengan projek Lynas di Gembeng, Kuantan Pahang. Katanya, situasi di Lynas tidak digambarkan dengan keadaan yang sebenar kerana menurut pendapat peribadi beliau, hal itu telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak bagi menakut-nakutkan penduduk sekitar. Tambahnya lagi, pihak mereka sudahpun menjalankan siasatan hasil dari laporan penduduk sekitar dan mendapati tahap radiasi di kawasan tersebut tidak merbahaya.Selain itu, pihak beliau juga mendapati terdapat kegagalan oleh pihak syarikat yang mengendalikan projek tersebut dalam mengendalikan sisa-sisa radioaktif dari kilang terbabit. Setelah memeriksa keseluruhan proses pengendalian projek tersebut, pihak beliau ada menasihati syarikat tersebut supaya cakna terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekitar.
  • seminar ini juga menonjolkan hasil kajian yang dilakukan oleh para pelajar. Banyak input-input yang berguna dapat diambil hasil daripada projek pembentangan itu.







No comments:

Post a Comment