Tak perlu mengharapkan teman sekacak yusuf..
Jika cinta xseteguh zulaikha..
Usah impiankn teman sebaik muhammad..
Jika iman xsekuat khadijah...
Tak perlu mencari teman setaat ibrahim..
jika diri x segagah siti hajar...

Friday 18 November 2011

Saya media dan teknologi

 Alhamdulliah setelah bersengkang mata dan berpenat lelah, maka terhasil satu prezi yang sangat awesome !!! watch it now guys!!!

http://prezi.com/olzdn_snhf7c/saya-media-dan-teknologi/

Monday 17 October 2011

Microteaching

KAEDAH MENYOAL
  1. Mengemukan soalan kepada para pelajar
  2. Memberikan sedikit masa kepada pelajar(wait-time) bagi memastikan para pelajar dapat berfikir dahulu.
  3. Kemudian, pilih salah seorang pelajar untuk menjawab soalan tersebut dengan menggunakan peraturan.
  4. Jika didapati para pelajar tidak dapat menjawab, mulakan dengan proses promting iaitu proses menyediakan jalan untuk memudahkan pelajar menjawap. Sebagai contoh memberikan sedikit klu@ hint
  5. Setelah pelajar menjawap, cuba dapatkan penjelasan pelajar dengan bertanyakan soalan bagaimana proses tersebut berlaku atau sebagainya.
  6. Apabila salah seorang pelajar menjawap, cuba tanyakan soalan sama kepada para pelajar yang lain bagi mendapatkan jawapan yang berbeza.

Sunday 9 October 2011

Sepanjang seminar "Malaysia dan Nuklear"

Tentatif program adalah seperti berikut:




TENTATIF PROGRAM       

            8.15 pagi-8.30 pagi           : Pendaftaran
            8.30 pagi-8.40 pagi           : Ketibaan tetamu dan penceramah jemputan
                                                        Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Kandung Suluh            
                                                       Budiman
            8.45 pagi-9.00 pagi           : Ucapan alu-aluan pengarah program
                                                        Ucapan perasmian seminar “Malaysia dan Nuklear”
            9.00 pagi-10.00 pagi         : Ceramah “Malaysia dan Nuklear”
            10.00 pagi- 12.00 tgh hari : Pembentangan projek pelajar kursus KPD3016
            12.00 tgh hari                    : Jamuan Ringan dan Bersurai

Antara objektif seminar ini adalah:
1)Bagi  memberi pendedahan kepada bakal-bakal pendidik mengenai  pengurusan sesebuah aktiviti yang bakal diaplikasikan di sekolah kelak.

2)Memupuk semangat kerjasama antara pasukan dan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar. 
3)Dapat melatih kepimpinan dan kemahiran berorganinasi dalam kalangan mahasiswa/wi. 
4)Dapat memupuk perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan meningkatkan lagi hubungan komunikasi ke arah yang lebih baik .



Intipati dari seminar yang dianjurkan:
  • Dapat mendengar sendiri pendapat dan penerangan yang jelas dengan disertakan fatka-fakta yang tepat dan terkini daripada wakil Agensi Tenaga Nuklear Malaysia, En.Fairuz bin Abdul Farid  tentang perkembangan pembangunan negara nuklear di negara malaysia.
  • Antaranya, beliau ada menyentuh tentang perbandingan harga bahan mentah yang diperlukan untuk menghasilkan 1M WATT elektik hasil daripada sumber tenaga yang berlainan iaitu, nuklear, biomass, hidro, biogas, dan solar.
  • Selain itu, beliau juga ada menunjukkan maklumat mengenai kadar pengeluaran petroleum negara melalui graf yang mana hasil pemerhatian daripada graf tersebut, hasil pengeluaran petroleum oleh Petronas semakin berkurang dari tahun ke tahun.
  • Selain itu, diterangkan serba sedikit mengenai harga minyak dunia semasa yang meningkatkan peningkatan saban tahun.
  • Beliau juga menjelaskan mengenai penemuan bahan torium yang boleh menggantikan uranium dalam proses penghasilan tenaga eletrik menggunakan tenaga nuklear.Menurut beliau, penyelidikan ini masih di perigkat awal dan perlu menjalankan banyak penyelidikan bagi menbangunkan sumber ini dengan lebih selamat dan berkesan.
  • Beliau turut menerangkan serba sedikit tentang situasi yang dihadapi oleh penduduk kampung yang terlibat dengan projek Lynas di Gembeng, Kuantan Pahang. Katanya, situasi di Lynas tidak digambarkan dengan keadaan yang sebenar kerana menurut pendapat peribadi beliau, hal itu telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak bagi menakut-nakutkan penduduk sekitar. Tambahnya lagi, pihak mereka sudahpun menjalankan siasatan hasil dari laporan penduduk sekitar dan mendapati tahap radiasi di kawasan tersebut tidak merbahaya.Selain itu, pihak beliau juga mendapati terdapat kegagalan oleh pihak syarikat yang mengendalikan projek tersebut dalam mengendalikan sisa-sisa radioaktif dari kilang terbabit. Setelah memeriksa keseluruhan proses pengendalian projek tersebut, pihak beliau ada menasihati syarikat tersebut supaya cakna terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekitar.
  • seminar ini juga menonjolkan hasil kajian yang dilakukan oleh para pelajar. Banyak input-input yang berguna dapat diambil hasil daripada projek pembentangan itu.







Monday 26 September 2011

Apakah hasil pembelajaran?

Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, para pelajar didedahkan dengan hasil pembelajaran terlebih dahulu supaya objektif pembelajaran dapat dicapai.


Adakah kita faham apakah yang dimaksudkan dengan hasil pembelajaran? 

Hasil pembelajaran  merujuk kepada satu penyataan yang menetapkan pengetahuan, kemahiran, dan sikap serta nilai yang diperlukan hasil daripada aktiviti pembelajaran.



Perbezaan antara matlamat dan objektif

Matlamat
Objektif
Hasrat jangka panjang yang hendak dicapai.


Tidak begitu jelas dan sukar untuk diukur


Pencapaian konkrit yang mampu dicapai dalam jangka masa yang pendek

Boleh diukur



'"Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada"  Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna
 
 

Sunday 25 September 2011

Manfaat sumber tenaga nuklear


Pada masa ini minyak masih menjadi sumber tenaga dominan tetapi tenaga daripada sumber lain seperti angin, air, cahaya suria, dan biobahan api tidak boleh diabaikan penggunaannya. Usaha memenuhi keperluan penduduk yang kian meningkat memerlukan strategi dan pendekatan pengurusan tenaga termasuklah meningkatkan penjanaan punca tenaga alternatif .Dengan itu, negara dapat mengurangkan pemberian subsidi minyak yang membebankan kerajaan.
Kerajaan dapat merangka Dasar Tenaga Nasional yang meliputi peraturan berkaitan dengan nuklear sebagai pilihan sumber tenaga di Malaysia.Pilihan baharu ini sebagai gantian sumber tenaga sedia ada seperti arang batu dan minyak. Peralihan ini mengizinkan Malaysia meneroka tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik . Penggunaan tenaga nuklear banyak mempunyai kelebihan kerana tenaga elektrik yang diraih daripada kuasa nuklear itu selamat dan murah. Sebagai contoh ,tenaga nuklear secara umumnya mempunyai rekod keselamatan di peringkat antarabangsa yang cemerlangg sejak hamper enam dekad apabila loji kuasa nuklear mula dibina pada tahun 1950-an. Sehingga Ogos 2007, terdapat 439 buah loji nuklear beroperasi di 30 buah negara di seluruh dunia dengan keupayaan 371 671 Mwe (megawat elektrik).
            Menerusi kewujudannya itu,sumber tenaga nuklear mampu menjamin keselamatan bekalan tenaga negara kerana semua jenis bahan api nulear ,iaitu uranium, torium atau plutonium mengandungi tenaga spesifik yang tinggi. Keseluruhan rantaian penjanaan kuasa nuklear daripada perlombongan uranium sehingga pelupusan sisa nuklear melibatkan bahan sisa karbon yang terlalu kecil bagi setiap kilowatt jam elektrik.
            Dari segi perlindungan alam sekitar pula, kadar penghasilan gas rumah hijau adalah jauh lebih rendah bagi setiap unit kuasa elektrik yang digunakan. Sebagai contoh, proses penjanaan tenaga tersebut berjaya mengurangkan kira-kira lapan peratus daripada penghasilan karbon dioksida dunia berbanding dengan sumber tenaga  yang lain  .Penjanaan sumber tenaga tersebut mengurangkan pembebasan karbon dioksida ke atmosfera. Oleh hal yang demikian tenaga nuklear dianggap sebagai tenaga alternatif yang terbaik berbanding dengan kaedah lain kerana menjimatkan kos, selamat dan menjamin alam sekitar yang bersih.
            Penjanaan tenaga pilihan menerusi tenaga nuklear adalah untuk membolehkan negara bersedia menghadapi krisis penggunaan tenaga. Tambahan lagi, penggunaan sumber tenaga nuklear dapat memberikan manfaat kepada seluruh pengguna. Oleh sebab itu, negara kita seharusnya mempunyai dasar yang jelas untuk mempercepat pembangunan tenaga berasaskan nuklear sebagai sumber alternatif kepada minyak mentah.

Advance Organizer : Teknik KWHL

Tahukah anda apakah advance organizer?
 Dan apakah pula kaitanya dengan pendidikan?



Advance Organizer merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang berfungsi untuk membantu menghubungkan maklumat baru yang ingin dipelajari dengan ilmu pengetahuan sedia ada supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan.


Teknik KWHL
 Teknik KWHL pada asasnya terbit daripada singkatan beberapa soalan yang perlu dijawap oleh para pelajar dalam konsep advance organizer seperti yang tertera di bawah.

Bagi memastikan penjelasan di atas dapat difahami dengan lebih berkesan, lihat contoh jawapan tentang apakah yang dimaksudkan pengajaran, pembelajaran, teknologi dan instruksi di bawah.


Pengajaran
K: Proses penyampaian ilmu pengetahuan secara formal ataupun  
     tidak formal.
W: Apakah cara yang berkesan bagi memastikan proses pengajaran ini sampai kepada para pelajar.
H: Melalui perbincangan dengan rakan sekelas
L: Tindakan guru secara langsung yang direka bentuk bagi membantu pembelajaran.



"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237


HOW TO CREATE YOUR OWN WIKISPACES?

Have you ever listened the word "WIKISPACES" before? Or something that related to it? Actually, the word is not familiar compare to the other words like "wikipedia" n "wikileaks".


Actually the word "wikispace" exposes during my first class for this semester. How thankful to the lectures who is giving a lot of latest medium for us to discuss our ideas easily.

Step 1:  Easy sign up !! just fill the account below and join.

Step 2: After you already have your own account then start to sign in!!  
step 3: Discover your own wiki! 
You can share, discuss or collect the data with this creative medium. 



Enjoy wikispaces right now!!!


group zaim n the geng !!!