Tak perlu mengharapkan teman sekacak yusuf..
Jika cinta xseteguh zulaikha..
Usah impiankn teman sebaik muhammad..
Jika iman xsekuat khadijah...
Tak perlu mencari teman setaat ibrahim..
jika diri x segagah siti hajar...

Monday 26 September 2011

Apakah hasil pembelajaran?

Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, para pelajar didedahkan dengan hasil pembelajaran terlebih dahulu supaya objektif pembelajaran dapat dicapai.


Adakah kita faham apakah yang dimaksudkan dengan hasil pembelajaran? 

Hasil pembelajaran  merujuk kepada satu penyataan yang menetapkan pengetahuan, kemahiran, dan sikap serta nilai yang diperlukan hasil daripada aktiviti pembelajaran.



Perbezaan antara matlamat dan objektif

Matlamat
Objektif
Hasrat jangka panjang yang hendak dicapai.


Tidak begitu jelas dan sukar untuk diukur


Pencapaian konkrit yang mampu dicapai dalam jangka masa yang pendek

Boleh diukur



'"Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada"  Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna
 
 

No comments:

Post a Comment