Tak perlu mengharapkan teman sekacak yusuf..
Jika cinta xseteguh zulaikha..
Usah impiankn teman sebaik muhammad..
Jika iman xsekuat khadijah...
Tak perlu mencari teman setaat ibrahim..
jika diri x segagah siti hajar...

Sunday 25 September 2011

Manfaat sumber tenaga nuklear


Pada masa ini minyak masih menjadi sumber tenaga dominan tetapi tenaga daripada sumber lain seperti angin, air, cahaya suria, dan biobahan api tidak boleh diabaikan penggunaannya. Usaha memenuhi keperluan penduduk yang kian meningkat memerlukan strategi dan pendekatan pengurusan tenaga termasuklah meningkatkan penjanaan punca tenaga alternatif .Dengan itu, negara dapat mengurangkan pemberian subsidi minyak yang membebankan kerajaan.
Kerajaan dapat merangka Dasar Tenaga Nasional yang meliputi peraturan berkaitan dengan nuklear sebagai pilihan sumber tenaga di Malaysia.Pilihan baharu ini sebagai gantian sumber tenaga sedia ada seperti arang batu dan minyak. Peralihan ini mengizinkan Malaysia meneroka tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik . Penggunaan tenaga nuklear banyak mempunyai kelebihan kerana tenaga elektrik yang diraih daripada kuasa nuklear itu selamat dan murah. Sebagai contoh ,tenaga nuklear secara umumnya mempunyai rekod keselamatan di peringkat antarabangsa yang cemerlangg sejak hamper enam dekad apabila loji kuasa nuklear mula dibina pada tahun 1950-an. Sehingga Ogos 2007, terdapat 439 buah loji nuklear beroperasi di 30 buah negara di seluruh dunia dengan keupayaan 371 671 Mwe (megawat elektrik).
            Menerusi kewujudannya itu,sumber tenaga nuklear mampu menjamin keselamatan bekalan tenaga negara kerana semua jenis bahan api nulear ,iaitu uranium, torium atau plutonium mengandungi tenaga spesifik yang tinggi. Keseluruhan rantaian penjanaan kuasa nuklear daripada perlombongan uranium sehingga pelupusan sisa nuklear melibatkan bahan sisa karbon yang terlalu kecil bagi setiap kilowatt jam elektrik.
            Dari segi perlindungan alam sekitar pula, kadar penghasilan gas rumah hijau adalah jauh lebih rendah bagi setiap unit kuasa elektrik yang digunakan. Sebagai contoh, proses penjanaan tenaga tersebut berjaya mengurangkan kira-kira lapan peratus daripada penghasilan karbon dioksida dunia berbanding dengan sumber tenaga  yang lain  .Penjanaan sumber tenaga tersebut mengurangkan pembebasan karbon dioksida ke atmosfera. Oleh hal yang demikian tenaga nuklear dianggap sebagai tenaga alternatif yang terbaik berbanding dengan kaedah lain kerana menjimatkan kos, selamat dan menjamin alam sekitar yang bersih.
            Penjanaan tenaga pilihan menerusi tenaga nuklear adalah untuk membolehkan negara bersedia menghadapi krisis penggunaan tenaga. Tambahan lagi, penggunaan sumber tenaga nuklear dapat memberikan manfaat kepada seluruh pengguna. Oleh sebab itu, negara kita seharusnya mempunyai dasar yang jelas untuk mempercepat pembangunan tenaga berasaskan nuklear sebagai sumber alternatif kepada minyak mentah.

No comments:

Post a Comment